Friday, December 5, 2008

Pengenalan

SK Seri Kota merupakan sebuah sekolah yang sering mencatat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian akademik dan juga kokurikulum baik di peringkat PPD ataupun JPN.

Pada tahun 2005, SK Seri Kota telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Seramai 36 orang murid telah berjaya mencapai keputusan 5A. Manakala dalam bidang sukan, pelbagai kejayaan telah dicapai dari peringkat QIT Salor hinggalah ke peringkat kebangsaan. Seramai 3 orang murid telah berjaya mewakili pasukan negeri untuk permainan Ping Pong dan Tenis.

SK Seri Kota juga telah berjaya mendapat Anugerah Juara dalam bidang disiplin di peringkat negeri pada tahun 2004 dan Anugerah Juara dalam bidang keceriaan di peringkat negeri pada tahun 2005. Pada tahun 2006, SK Seri Kota telah mendapat tempat ketiga Anugerah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar.

Maka saban tahun, kejayaan cemerlang ini dipertahankan dengan memperkasakan guru-guru dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru ke arah meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang, seterusnya menaikkan nama sekolah di semua peringkat.

No comments: