Friday, December 5, 2008

Siri LDP 2008

Bagi merealisasikan hasrat visi dan misi sekolah, momentum kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai perlu dikekalkan dan dipertahankan, seterusnya ke arah menggapai kegemilangan yang lebih membanggakan. Maka satu siri kursus dilaksanakan kepada semua staf akademik yang merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran. Harapannya, semua guru SK Seri Kota akan mendapat ilmu yang baru (refreshment minded) dan juga menambahbaik kemahiran dan juga pengalaman.


LDP 1
PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET (ZOOM-A)
10 Mei 2008
- Pengenalan Kepada Pembelajaran Interaktif
- Bengkel Aplikasi Zoom-A

LDP 2
BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA
19 Julai 2008
- Pengurusan Bilik Darjah
- Pengurusan Masa
- Ke Arah Pendidik Yang Cemerlang
- Pekeliling Ikhtisas
- Etika Kerja & Tatatertib

LDP 3
TERAS STRATEGIK PIPP 2006-2010 & P&P BERKESAN
2 Ogos 2008
- Teras Strategik PIPP
- P&P Berkesan
- Kcemerlangan Akademik
- Bengkel Perancangan Kurikulum 2009

Info Unit

Matlamat

Memastikan semua guru sentiasa bersemangat,bersatu padu dan berilmu agar menjadi teras untuk sentiasa berusaha ke arah memajukan dan memperkasakan SK Seri Kota. Pengisian kursus ini diharap dapat memberikan impak secara optimum kepada semua guru.


Objektif

  • Pengisian program merangkumi aspek pentadbiran, akademik, hal ehwal murid, kokurikulum dan motivasi secara ringkas namun menyeluruh kepada semua guru.
  • Semua guru seramai 69 orang berjaya dikumpulkan untuk mengikuti program ini.
  • Semua jadual dan pengisian dapat dijalankan sebagaimana dirancangkan.

Jawatankuasa Unit LDP 2008

Pengenalan

SK Seri Kota merupakan sebuah sekolah yang sering mencatat keputusan yang membanggakan dalam pencapaian akademik dan juga kokurikulum baik di peringkat PPD ataupun JPN.

Pada tahun 2005, SK Seri Kota telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Seramai 36 orang murid telah berjaya mencapai keputusan 5A. Manakala dalam bidang sukan, pelbagai kejayaan telah dicapai dari peringkat QIT Salor hinggalah ke peringkat kebangsaan. Seramai 3 orang murid telah berjaya mewakili pasukan negeri untuk permainan Ping Pong dan Tenis.

SK Seri Kota juga telah berjaya mendapat Anugerah Juara dalam bidang disiplin di peringkat negeri pada tahun 2004 dan Anugerah Juara dalam bidang keceriaan di peringkat negeri pada tahun 2005. Pada tahun 2006, SK Seri Kota telah mendapat tempat ketiga Anugerah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah Bandar.

Maka saban tahun, kejayaan cemerlang ini dipertahankan dengan memperkasakan guru-guru dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru ke arah meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang, seterusnya menaikkan nama sekolah di semua peringkat.